? ??????????????Time For Love? ????? ?? ???Rating: 4.3 (88 Ratings)??29 Grabs Today. 30163 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Spring? ????? ?? ???Rating: 4.7 (17 Ratings)??27 Grabs Today. 16838 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Digital Disto BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, December 5, 2009

JIM

Assalamualaikum,

Perbahasan usul sedang hebat sekarang !




Terengganu telah membawa 2 usul utk dibahaskan :


1. Mendesak agar perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa melayu disegerakan dan dimartabatkan semula.

> akhi Fakhrul sedang bentang hujah agar usul ini diterima
> Perwakilan Johor, Ainul Lutfi berhujah mengatakan bahasa melayu ialah di antara bahasa Islam ! bukan soal kita menolak b.Inggeris. katanya lagi : hanya bangsa yg mundur sahaja menggunakan bahasa orang lain.
> Perwakilan Selangor : menyokong usul tersebut dengan hujahnya : kalau kita membuat masakan dengan menggunakan Ayam sebagai sumber menu. kalau masakan tak sedap jangan tukarkan ayam tetapi tukarlah bahan - bahan resepi yg lain.

Usul ini masih dibahaskan sekarang !

KEPUTUSAN : BERSETUJU : 115
TIDAK BERSETUJU : 115

KEPUTUSAN YG MENGEJUTKAN !

PERATURAN MESYUARAT : SEKIRANYA KEPUTUSAN SERI ; PENGERUSI DAN TIMB PENGERUSI BOLEH MENGUNDI.

TIMB PENGERUSI TELAH MENGUNDI TIDAK BERSETUJU.


2. Membangkitkan kesedaran umat terhadap saha memartabatkan syariat.

Belum dibahaskan lagi !


persidangan tangguh utk solat zohor dan makan t/hari.

Tuesday, December 1, 2009

Malangnya Anak Zina

Khutbah hari Raya Aidiladha di Kg Sentosa Jaya, Seremban semalam di bacakan oleh anak Remaja kita dari Gen Y. Anak muda ini balik dari sekolah berasrama penuh untuk bercuti dari Peperiksaan SPM untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.Imam Surau An Nur Kg Sentosa Jaya telah beberapa kali memberi kepercayaan kepada beliau untuk menjadi imam solat Tarawih dan juga Solat HariRaya AidilAdha di kampung yang kecil ini.
Khutbah kali ini di tekankan dengan beberapa peringatan dari masalah pendidikan anak-anak, gejala sosial dan juga ancaman terhadap umat Islam.
Artikel anak zina bukan hanya di siarkan sekali sekala malah ianya telah menjadi berita yang saban hari mendapat liputan.Masalah ini makin kronik dan parah dalam masyarakat.Dalam khutbah kali ini ibubapa disarankan supaya membimbing anak-anak dengan pendidikan Islam dan mendidik anak-anak menjadi anak yang sholeh supaya dapat melahirkan masyarakat yang berpegang kepada ajaran Islam.Keharmonian yang di capai akan menjamin kesejahteraan dunia dan akhirat. Orang Islam di sarankan berpegang kepada AlQuran dan Sunnah dalam setiap tindak tanduk .Orang Islam juga di ingatkan selain dari masalah dalaman umat Islam sendiri, mereka juga akan di ancam oleh orang bukan Islam yang sentiasa bercita cita untuk menghancurkan umat Islam.Benteng pertahanan umat Islam mestilah kukuh dari dalam dan juga luaran . Secara fizikal atau spiritual. Mujahadah melawan nafsu dan juga kekuatan dalam menghadapi ancaman dan tekanan luaran. Semua usaha ini hanya akan terhasil jika umat Islam mempunyai Aqidah yang Sahih, kefahaman yang jelas dan beriltizam untuk mendaulatkan Islam walau apapun yang terjadi.Pegang kepada prinsip dan tidak mudah larut dalam suasana jahilliyah .

Siapa yang akan menggerakkan masyarakat hari ini jika tidak kita? Usaha team ABJZ, KRJ, KARISMA dan wadah-wadah yang lain harus di gembeling untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terutama generasi muda.

Ayuh anak-anak muda inilah masanya kamu menjadi "IMAM" yang akan memimpin masyarakat bukan hanya di masjid sahaja tapi konsep imam yang sebenarnya adalah sebagai pemimpin dan role model dan menjadi qudwah hasanah.Bukan hanya di kampung yang kecil tapi dimana sahaja kamu berada.
Benih yang baik akan bercambah subur walau di tanah gersang , hatta akan menjadi pulau bila di campakkan ke laut.

Jom santuni anak muda kita biar mereka memenuhi surau, masjid dan menjadi IMAM kepada generasi akan datang.

Hukuman rotan bagi penzina wajib dilaksanakan mengikut Hukum Islam.Budaya public canning juga perlu dijalankan di sekolah untuk memberi kesedaran kepada remaja.Pepatah Melayu makin layu dimana sayangkan anak,tangan- tangankan dah tak ujud lagi sekarang kerana anak-anak kita tak boleh di sentuh .Dimana silapnya?


KURSUS MOTIVASI

Diiklankan bahawa pihak MAP Trading akan mengadakan satu kursus motivasi alihan pelajar (yang popular itu) di Kuala Terengganu iaitu:-

Tarikh: 12 dan 13 Disember 2009
Tempat: Dewan besar yayasan Islam Terengganu (Bangunan Eon Cap KT)
Peserta : 300 orang (umur minimum 12 tahun)
Bayaran :300 rm
Pendaftaran: Melalui SRIAAKT (Pejabat, Pengerusi ALP dan GB atau wakil JIMKT Hj Jalaluddin Adam.

Untuk makluman SRIAAKT diberikan kuota untuk seramai 100 orang peserta. Bayaran yuran yang didapati dari SRIAAKT nanti akan direbetkan beberapa pratus untuk pembangunan SRIAAKT.
Semua yang berminat dijemput mendaftar segera sebelum 10 Disember 2009. Hubungi kami segera. temui kami disana di sana di sana.

TQ

Wednesday, November 25, 2009

Potong Kuku Pulak..~

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Dosa Berkuku Panjang



Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjag.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.


Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.

Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Thursday, November 5, 2009

:: buatmu bernama LELAKI ::

Wahai insan bernama lelaki, renungilah pedoman di bawah sebagai panduan menjalani kehidupan yang semakin mencabar zaman ini.

1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.


3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah



4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.


5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalanbertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak danduri.


7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan


8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.

J
angan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.


10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.


11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita


12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK


Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....


15.KETIKA ANAK BERMASALAH

Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.


Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.


17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K

1 Ketaqwaan

2 Kasih sayang

3 Kesetiaan

4 Komunikasi dialogis

5 Keterbukaan

6 Kejujuran

7 Kesabaran

:: musuh islam ::

Salam
Sesungguhnya Dajjal al-Masih telah lama ada.. Menanti ketika untuk keluar sahaja...
Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya:
Aku telah menemani Ibnu Soyyad ke Mekah. Dia telah berkata kepadaku: Adakah engkau tahu, aku telah menjumpai manusia yang menyangka aku adalah Dajal. Tidakkah engkau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Dajal tidak diperanakkan. Aku menjawab: Memang benar. Ibnu Soyyad berkata lagi: Aku telah diperanakkan. Tidakkah kamu telah mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda: Dajal tidak memasuki Madinah dan juga Mekah. Aku menjawab: Memang benar. Ibnu Soyyad berkata lagi: Aku telah diperanakkan di Madinah sekarang ini aku ingin pergi ke Mekah. Abu Said Al-Khudriy berkata: Kemudian Ibnu Soyyad berkata kepadaku di akhir perbicaraannya: Demi Allah. Sesungguhnya aku merupakan orang yang paling tahu tentang kelahirannya, tempatnya dan di mana dia. Abu Said Al-Khudriy berkata: Dia telah menyebabkan aku kebingungan

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 5209

WAllahualam...

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal.... Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal.Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir.... Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin.. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya.Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan aku terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan......Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati.Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas.... Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi,maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:"Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."

"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini,sekarang akan kuhidupkan dia semula.Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula.Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu,yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."

Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. "Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah.
Kedua- dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat.. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah.Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi.. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu,Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya.Mereka pun beriman kepadanya.Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayaiorang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal(di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:" Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya. " Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."

Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu,apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu." Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku.Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu,sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia:"Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab:"Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh.Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir,yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.